Sunday, 18 September 2011

kerepek BAWANG

NAMA:KEREPEK BAWANG
KANDUNGAN:TEPUNG,GARAM.
HARGA:RM7-RM10/KG

kerepek pisang

NAMA: KEREPEK PISANG
KANDUNGAN: PISANG, GARAM,GULA
HARGA:RM12-RM15/KG

kerepek ubi masin

NAMA PRODUK: KEREPEK UBI MASIN
KANDUNGAN:UBI, GARAM
HARGA:RM8-RM10/KG
HARGA BORONG SILA HUBUNGI KAMI

Pengenalan Syarikat Kami

Kerepek Kampong Food Industry SDN BHD.
Oleh:En Hafizun che Ani
Kerepek Kampong Industri SDN BHD ingin mempromosikan dan memgembangkan  hasil produk kerepek yang telah di hasilkan kepada  masyarakat umum supaya dapat dikenali serata dunia.
     Syarikat ini pada  telah ditubuhkan pada 8 Febuari 2008 atas nama Kerepek Kampong Industri SDN BHD. Visi syarikat kami adalah menjadi penaraju utama penyedia makanan segera halal dan berkhasiat serta mampu dinikmati oleh semua lapisan pengguna dan masyarakat. Misi syarikat kami adalah, membuka beberapa cawangan baru dan stokis bagi tujuan pemasaran melalui konsep mampu milik dan berdaya maju selari dengan pembangunan negara. Moto syarikat kami pula ialah “jadikan KFI sebahagian dari hidup kita.”
     Syarikat ini ditubuhkan dengan kerjasama rakan perkongsian bersama. Syarikat kami menghasilkan jenis kerepek pelbagai rasa. Produk yang kami hasilkan terdiri daripada tumbuhan semula jadi yang berkhasiat kepada tubuh badan,dan tidak ada kemudaratan. Produk kami adalah menghasilkan pelbagai jenis kerepek, yang mana mudah didapati disemua tempat. Kerepek kami telah berkembang dimerata tempat, seperti, dipasar raya, kedai-kedai makan dan tempat membeli belah.
    Syarikat kami telah menghasilkan pelbagai jenis kerepek, diantaranya ialah kerepek ubi kayu, pisang, sawi, manis, pedas, madu, kering, ubi keledek dan vitato. Kerepek kami telah menembusi pasaran antarabangsa, yang mana kami telah mengeksport keluar negara, seperti di China,Singapura dan Brunei kerana pemintaan kerepek disana tinggi. Kami juga membekalkan kepada peniaga-peniaga runcit untuk menjual kerepek kami kepada masyarakat umum supaya dapat merasai keenakan kerepek yang syarikat kami hasilkan.
      Sebelum ini, penggemar kerepek berpeluang menikmati pelbagai jenis kerepek seperti kentang, pisang dan ubi. Kini mereka boleh merasai keenakan kerepek buah-buahan yang dihasilkan daripada pisang. Mereka juga dapat membuat pilihan untuk merasai jenis-jenis kerepek yang kami hasilkan.
   
 Syarikat kami juga,menjalankan beberapa aktiviti perniagaan seperti memproses, mengedar & membekal makanan ringan seperti kerepek ubi masin, ubi pedas, kerepek pisang, kerepek keledek & beraneka jenis kerepek. Selain itu juga, kami juga turut memberi khidmat nasihat & tunjuk ajar kepada individu,  dari proses cucuk tanam hinggalah ke memproses dan mengedar.
    Syarikat kami juga merancang perancagan pada masa hadapan dimana kami ingin mengeluarkan makanan produk halal daripada tepung, Menghasilkan produk daripada ubi kayu mewujudkan seberapa ramai usahawan bumiputra dalam industri makanan halal hasil daripada bahan pertaniaan.Selain itu juga,syarikat kami juga menyediakan beberapa kemudahan seperti 2 buah lori 1 tan, sebuah lori 3 tan, sebuah kilang memproses, sebuah kilang pembungkusan, sebuah kedai menjual hasil produk.
    Kami berharap produk yang kami hasilkan dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat, dan dapat merasai keenakan kerepek yang kami hasilkan, supaya kerepek syarikat kami akan lebih berkembang dengan meluas dimerata tempat di dalam negara mahupun diluar negara.










KEREPEK KAMPONG FOOD INDSUSTRI SDN. BHD.
J-12.TAMAN PERINDUSTRIAN,AYER HITAM
88267,AYER HITAM JOHOR.
JABATAN PERTANIAN MALAYSIA
ARAS7-17,WISMA TANI,LOT 4G2,PRESINT 4,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62632 PUTRAJAYA.                                                                        5SEPTEMBER 2011                                                                                    
TUAN,
Mempekenalkan  dan   memperluaskan lagi produk syarikat  kami kepada  pihak tuan dan  umum

         Merujuk perkara di atas,Kerepek Kampong Industri SDN BHD ingin mempromosikan dan memgembangkan lagi hasil produk kerepek yang telah di hasilkan kepada pihak tuan dan masyarakat umum.
2. Untuk makluman pihak tuan,produk syarikat kami menghasilkan kerepek ubi kayu,pisang,sawi,manis,pedas,madu,kering,ubi keledek dan vitato.Syarikat ini menghasilakan produk yang halal berkhasiat,tahan lama dan tidak mempunyai bahan kimia yang berlebihan.Syarikat kami juga merupakan syarikat bumiputra.
3.  Untuk keterangan lanjut,pihak tuan boleh menghubungi Encik Hafizun iaitu pegawai perhubungan 0197999222.Kerjasama pihak tuan amat kami hargai.
“Jadikan KFI sebahagian dari hidup kita”

Yang  menjalankan  tugas
…………………………………………
(En Hafizun che Ani)
Pegawai perhubungan KFI.

krepekkampong

this is our product